Tuesday 5 June 2012

im back

Assalamualaikum . . .


lama tidak update sampai tidak tahu untuk memulakan kata. saya skrg tgh membuat kerja kursus acc, kerja kursus ini sememangnya membuatkan saya rasa pening, apatah lagi ditambah dengan projek perniagaan yang saya tak mulakan apa lagi. cuti tinggal berapa hari tapi apa pun tak siap lg, mama yang tengok keadaan saya pun risau. bila duduk asrama jujur saya katakan tiada masa untuk menaip kerja kursus kerana kemudahan komputer sangat terhad.

exam midyear aritu saya rasa seperti kosong. jujur saya katakan hati saya tidak tenang menjawab soalan. paper addmath kali nee saye dah tahu saya gagal. kalau paper lain saya gagal jgk, saya rase saya dah gagal untuk buat parents saya bahagia.

rasa macam kejap jeh masa berlalu. dulu saya sebagai junior. sekarang bila saya jadi senior saya dah mula faham apa yang kakak-kakak dorm saya rasa dulu. kadang-kadang rasa macam nak mengalah, penat dengan semua drama, tapi bila fikirkan amanah dan tanggungjawab saya bangun semula. pelik dengan mereka yang masih tak sedar tnggungjawab sbg khalifah di bumi ini. kalau lah mereka semua tahu tugas mereka masing-masing, pastinya tiada yang ingin menyalahkan tugas pemimpin maksud saya pengawas.


gembira melihat kakak-kakak yang dulu menjaga saya sudah pun menyambung pelajaran ke universiti. saya sebagai junior meminta maaf kerana tidak mengambil berat dan tidak menegur  tapi percayalah saya selalu mengikuti perkembangan akak-akak semua (: benar orang cakap, kalau masa sekolah dulu ambil bidang itu, tak semestinya di universiti ambil bidang yang sama.
Kak Dayang yang dulunya mengambil bidang agroteknologi melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan di UiTM Melaka. sama juga tempat dengan kak Wawa yang dulunya mengambil bidang pengurusan makanan menyambung bidang elektrik. Kak Atul dari Agro sambung bidang akaun di UNiSeL. Kak Umul dari kejuruteraan Awam ke bidang binaan di Uitm mne tah. Kak Qila sepi tanpa khabar, tp saya dgr citer dye sambung dalam bidang perubatan. saya harap mereka berjaya dalam bidang masing-masing (:

*untuk mereka yang tidak mengenali, saya pelajar sekolah teknik sebab tu ada aliran Agro dan pengurusan makanan.

maaf kerana cerita yang sangat panjang.