Saturday 15 December 2012

memory in sekolah menengah teknik sepang

Assalamualaikum . . .

 entry hari ini semuanya pasal ceritaku dkt teknik sepang . .

first impression masuk sini ohh rasenya ramai pun akan cakap " antek nya sekolah ni" "besarnya sekolah" 


dekat sekolah ni ramai pelajar yg berubah dari jahat ke baik termasuk aku jugak. banyak benda yang aku belajar dekat sini.

masa form 4 dapat dorm paling atas, GA 404. dapat kenal dengan akak senior n kawan yang lain latar belakang nya.
ahli dorm ga404 2011

2011

sambut maulidur rasul sama-sama


pergi lawatan ke muzium negara under panitia sivik. best sbb kalau sekolah bawak free jeh, kalau dekat sekolah lama, mesti kena bayar duit bas la, duit makan n etc.

cikgu practical, ckgu ainie <3

my classmates

buat jamuan kelas pd waktu malam. siap buat bbq lagi. om nom nom :D



kem kepimpinan waktu akhir sekolah. walaupun agak menyeksekan tapi best :D




2012

dah jadi senior + pelajar spm...

tukar ke dorm Gb304, kawan aku seorang jeh fom5 yg laen semua junior.
bukan senang nak bersama n kekalkan perhubungan, di tahun yg mencabar n penuh dugaan ~


sebahagian daripada my junior


 
adlina, satu-satunya kawan yg sama umur di dalam dorm
(selalu gaduh dgn dia :') 

kem kepimpinan dkt hulu langat 



jamuan mpp + aktiviti berbasikal @ bukit cerakah

hye! kami biro makanan
(rindunya nak tutup lampu dewan makan :p *jk)

bersama-sama rakan sekelas 5 pd3



dan sebenarnya banyak lagi . . .tapi tak larat dah..

jadi sampai di sini sahaja. thanks 4 reading (:

Monday 10 December 2012

freedom . . .

Assalamualaikum n hello (:

after a long time... hah da lame gilew tak update blog.
Alhamdulilah spm dah berakhir pada 6 disember 2012. rase lega sangat :D

muka lega



tapi, lepas ni hidup lebih mencabar kalau masuk u. perlu hidup berdikari. kalau dekat sekolah ada cikgu yang nak betul kan kita, dekat u nanti takde siapa peduli.

aku cadang nak ambil lesen kereta, tapi aku masih belum belajar lagi nak bawak kereta mcm mana, buku ujian pun aku belum baca. aku nak cari kerja nak dapat gaji, tapi belum usaha untuk cari.

sekarang fikir nak keluar dengan kawan, nak had fun kononnya, tapi duit pun takda, jadi duduk rumah keluar bila kakak ajak keluar saja.



spm haritu macam mne? untuk lulus insya-Allah, tapi addmath lah kurang meyakinkan. soalan yg susah, susah lagi untuk aku lulus, cuma mengharap graf akan turun supaya dapat lulus. yang lain okay lah.

k, happy holidayy , tata (:




Friday 3 August 2012

Assalamualaikum n hello ..

ujian 2 baru berlalu, benda yang orang lain rasa sama, tak sangka cepatnya masa berlalu.
Alhamdulilah tugasan spm yang diberi semua dah siap.
kerja kursus prinsip akaun, dan yang terbaru Rancangan perniagaan. macam tak percaya boleh siapkan. insyAllah nanty aku share RP.

sedar tak sedar berapa hari jeh nak raya lepastu trial spm pastu pejam celik pejam celik dah nak SPM !
Addmath sampai sekarang pun masil gagal. acaneh nee? trial nak dkt n aku still dpt markah yg ciput utk addmth :(

ohh, lupa nak ucap SALAM RAMADHAN, semoga kita semua dapat rahmat ALLAH di bulan mulia ini.


jangan lupa perbanyakkan ibadah sunat n ibadah wajib tak lupa !

best friend till jannah



http://videotarbawi.blogspot.com/2011/11/sunnah-rasulullah-saw-dalam-menyambut.html

http://videotarbawi.blogspot.com/2012/01/cik-beah-osem-tudung-feat-ostad-azhar.html

n banyak lagi video best2, http://videotarbawi.blogspot.com. Assalamualaikum



Friday 6 July 2012

flashback da memowy

Assalamualaikum n hello (:




dulu-dulu mase time aku kecil tkde pun tempat mcm nee, jeles la jgk tengok adek aku jd pilot, doktor n bagai. @kidzania.

dulu-dulu mase aku bayi mak aku cakap berat aq melebihi berat bayi normal, aku gemuk.

dulu-dulu mase aku tadika aku comel sgt, bdk laki suka usik aku. pastu aku nanges.

dulu-dulu mase mule2 sekolah rendah darjah satu aku pakai cermin mata, tp bukan spec orang rabun, spec mata nak pegy jalan-jalan.

dulu-dulu dekat tempat menggaji aku dikira murid kesayangan ustaz. sekarang aku rindu ustaz uthman :'(

dulu-dulu semua benda nak berabut dgn kakak aku. *sekarang pun still lg sebenarnya.

dulu-dulu kalau family aku tangkap gamba, muka aku mesty ade dekat tepi2 gambar, aku suka menyelit.

dulu-dulu aku boleh dikatakan hari2 tidur sebelah mak aku sampai darjah 5 kott.

dulu-dulu aku suka bagi surat dekat orang yang aku nak jadi kawan rapat dia.

dulu-dulu aku selalu main barbie doll dgn tasya.

dulu-dulu aku selalu merajuk dengan tasya sebab aku tahu nanti dia pujuk aku.

dulu-dulu aku suka bercinta. ingat lagi masa tu dia panggil aku dari tingkap rumah.

dulu-dulu aku jahil. banyak ilmu agama aku tak tahu.

dulu-dulu kalau aku kawan dengan orang aku nak bersama dengan dia kalau boleh 24 jam.


tapi tu dulu. macam tak percaya sekarang aku dah tujuh belas tahun dan bakal menduduki peperiksaan spm. aku sekarang dah besar banyak tanggungjawab kena pikul.




muka-muka senior :)

aku harap nanti bila aku dah tua pun aku still ingat semua kenangan hidup ni. amin :>

its july!

Assalamualaikum n hello !




hari ini bersamaan 6 julai adalah hari bicara akademik. so disebabkan tahun nee aku mnduduki exam spm, adelah acara baiah iaitu perjanjian murid supaya blaja bersungguh-sungguh. disebabkan mak aku kerja hari ini maka ayah aku dtg berseorangan. perbualan antara cikgu dgn ayh aq, aq rase tk smpai 5 minit pun. cikgu ckp aq okay jeh.

tapi enn tknak citer psl tu,

minggu ni dkt skolah serious busy gila *hiperbola. agak lah smbutan hari koperasi sekali dgn kempen anti dadah. k citer satu satu en ,  dsebabkan kelab koperasi tk buat aktiviti, so klb usahawan pun buat la aktiviti. antaranya ialah 'master cook' , 'seco-users' dgn 'dart' bukan setakat hadiah ditawrkan tp markah koko. so sebab aku pnye markah koko tk byk aq pun masuk pertandingan dart sebab tu jeh yg paling senang antara tiga-tiga tu. 1 team 3 org, aku, aini dgn afza kumpulan 'sunshine' kay bukan aku yg bg nama tu -,- sebenarnya tkde lah harap nak menang sbb kteorg tk pro pun weyh nak maen dart. tp bila dh main aku rase kalo tk pro pun boleh mng sbb dye ikot nasib jgkk. antara kteorg bertiga aini la paling terel. tk tahu la mng ke tak sbb isnin depan baru dye bgtahu tp nk dpt top 3 tu mungkin boleh.

pastu selasa aku join kelab ushawan meniaga, meniaga air jeh la aq mampu. dah lah aq meniaga dgn bdk form 4 yg aq tk kenal , pastu aq tgk dye mcm hott jeh pumpuan dok tegur dye. finally aq taw dye bdk perdagangan ptot la rmai girlsss kenal.dkt stu jgkk terbongkar lah rahsie dye rupenya bdk yg minat dkt adek dorm aq. puas aq cri spe bdk yg sering diperkatakan oleh adek dorm aq. *k sebnarnya tk pun.

rabu pulak aq masuk kuiz anti dadah. kelakar sebenarnya sbb igt kan kuiz bodoh2 jeh pastu tetibe excited bace buku psl dadah mcm nk jawab exam. btw, bkn kls aku jeh, kls laen pun bace buku yang same.kls aku jeh wakil perempuan yg lg 3 kls tu wakil semua lelaki.  tk sangka boleh masuk semi final jadi smbung hari khamis. semi final 4 kls fom4 dgn 4 kls fom 5. pastu masuk final , 2 kls fom4 2 kls fom5. form 4 lg kesian lah kena bahan. ohwell dorg senior en.  tapi tk tahu la menang ke tak sebab bdk kls laen pun terel2.

k itu saje laporan utk minggu ini. as-salam.

Tuesday 5 June 2012

im back

Assalamualaikum . . .


lama tidak update sampai tidak tahu untuk memulakan kata. saya skrg tgh membuat kerja kursus acc, kerja kursus ini sememangnya membuatkan saya rasa pening, apatah lagi ditambah dengan projek perniagaan yang saya tak mulakan apa lagi. cuti tinggal berapa hari tapi apa pun tak siap lg, mama yang tengok keadaan saya pun risau. bila duduk asrama jujur saya katakan tiada masa untuk menaip kerja kursus kerana kemudahan komputer sangat terhad.

exam midyear aritu saya rasa seperti kosong. jujur saya katakan hati saya tidak tenang menjawab soalan. paper addmath kali nee saye dah tahu saya gagal. kalau paper lain saya gagal jgk, saya rase saya dah gagal untuk buat parents saya bahagia.

rasa macam kejap jeh masa berlalu. dulu saya sebagai junior. sekarang bila saya jadi senior saya dah mula faham apa yang kakak-kakak dorm saya rasa dulu. kadang-kadang rasa macam nak mengalah, penat dengan semua drama, tapi bila fikirkan amanah dan tanggungjawab saya bangun semula. pelik dengan mereka yang masih tak sedar tnggungjawab sbg khalifah di bumi ini. kalau lah mereka semua tahu tugas mereka masing-masing, pastinya tiada yang ingin menyalahkan tugas pemimpin maksud saya pengawas.


gembira melihat kakak-kakak yang dulu menjaga saya sudah pun menyambung pelajaran ke universiti. saya sebagai junior meminta maaf kerana tidak mengambil berat dan tidak menegur  tapi percayalah saya selalu mengikuti perkembangan akak-akak semua (: benar orang cakap, kalau masa sekolah dulu ambil bidang itu, tak semestinya di universiti ambil bidang yang sama.
Kak Dayang yang dulunya mengambil bidang agroteknologi melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan di UiTM Melaka. sama juga tempat dengan kak Wawa yang dulunya mengambil bidang pengurusan makanan menyambung bidang elektrik. Kak Atul dari Agro sambung bidang akaun di UNiSeL. Kak Umul dari kejuruteraan Awam ke bidang binaan di Uitm mne tah. Kak Qila sepi tanpa khabar, tp saya dgr citer dye sambung dalam bidang perubatan. saya harap mereka berjaya dalam bidang masing-masing (:

*untuk mereka yang tidak mengenali, saya pelajar sekolah teknik sebab tu ada aliran Agro dan pengurusan makanan.

maaf kerana cerita yang sangat panjang.



Sunday 18 March 2012

all a day with nini

Assalamualaikum n hello (:

heyy ! cuty nee korang buat ape jeh? cuty seminggu dah nak habiss, rase mcm kejap jeh. Memandangkan aq dh nak balek septech sekolah  kesayangan ku *kelip mata 2 kali* so kena lah beli barang sbb stol dkt asrama kbanyakannya dah habes. Like before, aq akan pegy beli barang dkt supermarket Giant. Why?? sbb dkt giant jeh la ade Guardian. dkt curve or OneUtama tkde guardian so ssh nak beli barang kelengkapan aq. ohh mmg la ade Watsons, farmasi jgkk tp tk byk barang yg aq nak beli ade dkt situ.

memandangkan mama arini balek pkol 7, lmbt sket so Nini decided amek mama dulu baru beli barang. 

saya pemandu berhemah, tali pinggang keledar kena pakai (:

ade ke org tgh memandu smbil senyum?



lamanya nak sampai tmpat keje mama :o







For 2X5 times


while waiting mama 

mama ckp kalau tgkp gmbar buat muka biasa lg okayy :D
p/s muka aq nmpk sedeh kalo mcm nee

*muka bajet comel

at Giant

Dinner at Kenny Rogers :>




dh habes mkn baru tgkp gamba :>

thats all. thnks for reading :*







Saturday 17 March 2012

kura-kura pun bercinta?


Assalamualaikum n hello (:

well im fine here. siyesly bosan gilew duduk rumah tk tahu nak buat ape. Nini cuti seminggu nee pun dye still ade class, so aq dok uma sorang2 ohh tak Emylia dtg rumah konon nya nak teman aku tp sbenarnya aq kena jage dye. Kimi pulak kadang2 jeh dtg. oh FYi, Emylia n Kimi tu adek aq.


nee la Hakimi adek kesayangan :>


kayy, kenapa kura2 pun bercinta? act aq ckp psl cte dkt wayang tu. one day mase aq dok umah layan emylia, dpt incoming call dr Nini dye ckp mlm karang tgok wayang tp dye tk mention cerita ape. so aq agree jeh la dr tak buat ape2 kan.

bad news, ceh tkde la bad news sgt, tp nini bwk kwn dye sorang, k tk beshh la baru igt nak dating dgn Nini -__- pastu Nini ckp pegy dgn Kak Jidah , kozen aq skali. 

so nak kena ambek Kak Jidah pluss anta mama skali at Shah Alam. pastu kak Jidah ckp abg dye ikot skali. n aq pun *senyum smbil buat muka comel mcm gmba dkt bwh nee. Alaaaa, knape bwk abg? ohh mmg la kozen aq tp aq tk biase sbb tk rapat dgn dorang. k tkpe la sebaik kozen :3

camera ter zoom pulak :DD


aq pun tk tahu dorang nak tngok wayang dkt mane, sbb aq tk pnh tgok wayang area Shah Alam. pastu Kak Jidah ckp nak tngok dkt Bukit Raja. siyesly dkt sini kalau nak shopping sgt lah bosan. tkde mende punn. okay tipu la tkde mende tp cm tak best sgt la.

Kak Jidah pilih nak tngok cite woman in black but Nini nak sgt tgk Cinta Kura-kura. so kteorg pun separate. Nini , aq dgn kwn dye 3 org tngok cte nee. at first aq pun tk pnh dgr crite cinta kura2 ni.









over sgt ke kalau aq pakai make up mcm nee? :o

Erny Suraiya


sape lg comel kakak ke adek? muehhe :D


thats all. thanks for reading (: